ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 11 September 2011

200 Maut terjun dari Menara WTC

Seramai 200 orang dilaporkan terjun dari Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini ketika pengganas menyerang beberapa lokasi utama di AS pada 11 September 2001.Berdasarkan rekod tidak rasmi, hampir semuanya menemui ajal secara bersendirian tetapi beberapa saksi mengakui mereka pernah menyaksikan satu pasangan terjun sambil berpegangan tangan.

Malah kata saksi, ketika berada di hujung nyawa seorang wanita turut dilihat memegang kuat skirtnya supaya dia tidak mati dalam keadaan yang memalukan.Sebahagian lagi mangsa cuba membuat payung terjun daripada langsir dan alas meja tetapi daya graviti menyebabkan ia terlucut daripada pegangan sekali gus menyebabkan nyawa mereka melayang.

Kerana terlalu ngeri, saya dan seorang rakan setugas mengalihkan pandangan kami pada dinding bangunan berdekatan, namun kami masih dapat mendengar bunyi tubuh mereka terhempas di tanah," tambahnya.
Hampir semua mangsa terjun dari tingkat-tingkat teratas WTC. Mereka jatuh pada kelajuan 200 kilometer sejam dan memiliki 10 saat untuk mengimbas kembali hidup mereka sebelum menemui ajal di tanah.

WTC yang setinggi 417 meter dan memiliki 110 tingkat, terdiri daripada Menara Utara dan Menara Selatan dibuka kepada orang ramai pada 1973. Pembinaannya ketika itu menelan belanja AS$400 juta (RM1.2 bilion).Pada 11 September 2011, kumpulan pengganas merempuh dua pesawat Boeing 757 ke atas WTC yang menyebabkan ia terbakar dan runtuh. Kejadian itu meragut 2,753 nyawa.[sumber]




 *Cuak aku..tak terjun pun mati..terjun pun mati..

11 Pengkritik Yang Cuak:

  1. siapa suruh terjun...duduk diam2 dah lah hahaha

    BalasPadam
  2. hmmm...setiap yang hidup pasti akan mati...

    BalasPadam
  3. adeh laa..ditelan kenyang..di luah lapar.. apo nak buek dah nasib.

    BalasPadam
  4. memang bahaya...

    terima kasih arul...

    http://sun3tpini.blogspot.com/2011/09/my-top-25-commentators.html

    BalasPadam
  5. yg cari nahas terjun kenapa.. haha saja je nak bunuh diri.

    BalasPadam
  6. Salam;
    Mungkin mereka fikir dengan terjun mereka ada pilihan hidup dan mati bergantung pada nasib daripada tunggu mati didlm bangunan.

    BalasPadam
  7. Diorang memang takde pilihan lain. Susah nak bernafas. Panas. Ya Allah, tuhan je tahu perasaan diorang masa tu. Rest in Peace.

    BalasPadam
  8. mesti sebelum terjun tu depa da pakat: u jump i jump hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...