ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 3 Mei 2011

‘Saya sedia lakukan ujian poligraf’ -Eskay


SHAH ALAM - “Saya tidak gentar jalani ujian poligraf atau sebarang teknologi yang ada bagi membuktikan saya tidak berbohong,” kata ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, kelmarin.Namun, ia akan dilakukan dengan syarat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut sama melakukan ujian poligraf itu (untuk membuktikan Anwar bukan lelaki dalam video seks ditayangkan kepada wakil media).
“Alhamdulillah, saya senang hati dengan cabaran itu dan saya bersedia bila-bila masa melakukan ujian terbabit, tetapi saya mahu Anwar melakukan perkara sama.
“Saya mahu ujian itu dijalankan secara terbuka, kalau boleh secara langsung di stesen televisyen. Kita tengok siapa bercakap benar atau sebalik,” katanya.
Beliau berkata, langkah itu lebih selamat kerana tidak mahu ada pihak yang tidak pertikaikan tindakannya untuk memberitahu masyarakat perkara yang sebenar.
Eskay berkata, tidak ada sebab beliau perlu takut untuk melakukan ujian poligraf itu, sedangkan beliau telah bersumpah kepada Allah.


*dia tahu sumpah dia tak laku..jadi apa2 yang orang nak dan cabar dia akan buat la..janji laku..
apa yang dia tak berani.. sumpah laknat dari Allah pun dia buat,dia mengaku lagi tu dia ada dalam video tu., ni kan guna benda alah tu..cuma yang tak dapat dia nak ikut bila dicabar bawak 4orang saksi..sedangkan itu yang paling utama..lu pk la sendiri..

2 Pengkritik Yang Cuak:

  1. hmm , ada tengok ni dekat berita tv3 ..

    BalasPadam
  2. dia popular skrang ni..selalu kluar tv..trutama tv3..hehe..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...