ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 16 Jun 2017

Pandu terus masuk kedai lagi senang..

Kerana malas berhentikan kereta ketika hujan, seorang lelaki sanggup memandu terus untuk masuk ke dalam sebuah kedai runcit di China, lapor media negara itu.


Rakaman kamera keselamatan kedai di Zhenjiang di wilayah Jiangsu itu menunjukkan kereta berkenaan dipandu masuk menerusi pintu depan pada lewat Sabtu lalu.
Rakaman itu dikongsikan People’s Daily di Twitter, semalam. Ia tidak menyatakan tempat kejadian.
Dalam video itu, pekerja kedai nampak terkejut dan berlari ke arah kereta berkenaan sebaik ia berhenti di dalam kedai itu.
Dia kemudian dilihat menyerahkan beberapa barangan dari rak kedai itu sebelum mengambil wang dan memulangkan baki kepada pemandu terbabit.
Kereta itu kemudian dilihat perlahan-lahan berundur manakala pekerja berkenaan melambai kepada pemandu berkenaan.
Pemandu itu dilaporkan membeli sebungkus kerepek kentang dan sebotol minuman yogurt, lapor Sina.com di Weibo.
Pengguna Internet membuat andaian pemandu itu tidak mahu keluar dari kereta kerana hujan dan masa itu sudah agak lewat.
Pengguna Twitter Ahas OConnor berkata: “Dia patut diberikan ‘A’ kerana amat kreatif!” - [sumber]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...