Penemuan berpuluh-puluh kesan tapak kaki saiz gergasi heboh  diperkatakan oleh penduduk yang tinggal di lereng Gunung Salabose,  Majene, Sulawesi Barat.
Setakat ini, belum ada penjelasan daripada pihak berkuasa tempatan  mengenai penemuan itu, tetapi lokasi penemuan itu kini menjadi tumpuan  pengunjung yang datang ke Gunung Salabose.
Penduduk tempatan percaya kesan tapak kaki gergasi itu milik makhluk  ghaib dan mereka memagarinya supaya tidak dipijak oleh pengunjung, lapor  Kompas.com.
Menurut penduduk tempatan, kesan tapak kaki gergasi itu bukan hanya  ditemui di kampung mereka, tetapi juga di lerang bukit menuju puncak  Gunung Salabose.
Seorang penduduk, Abu berkata, pada mulanya tapak kaki itu ditemui tidak jauh dari kediaman mereka."Saya terperanjat ketika menemuinya dan mengajak penduduk lain untuk  memeriksa tempat lain dan ternyata banyak kesan tapak kaki seperti itu  ditemui di kampung kami," katanya.[sumber]
*Cuak aku..tapak kaki gergasi ke tapak kaki buatan sendiri ni..kih kih kih 


mungkin tapak kaki hulk..hehe
BalasPadam