Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng  wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma  mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.
"Sekarang ini, lelaki takut kepada wanita," kata Dhliwayo yang berusia 19 tahun.Menurutnya, para pengembara tidak akan menaiki kereta yang dipandu wanita kerana mereka tidak mempercayai lagi kaum Hawa itu.
Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di  lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol  atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol  berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.
Berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar 'pemburu sperma',  pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009.Namun, sehingga kini, polis hanya berjaya menangkap tiga wanita yang  ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai. Mereka  didakwa kerana memperkosa 17 lelaki.
Menurut jurucakap polis, Wayne Bvudzijen, tujuan sperma itu diambil si mangsa masih tidak jelas  tetapi ia dipercayai digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai  'juju' atau upacara membawa tuah termasuk bagi tujuaan mendatangkan  kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada  dikesan.[sumber]
*Cuak aku..pasal nak kaya lelaki jadi mangsa..kih kih kih..


alamaaakkk...errr...pliknye org2 ni...:)
BalasPadamingatkan lelaki suker di rogol..hehheh
BalasPadamUik, cuak aku...org mcm ni pun ada
BalasPadamLawak juga bila dengar perempuan rogol lelaki..hihi..
BalasPadam