Seorang pemain badminton kebangsaan berusia 22 tahun kerugian  RM14,000 selepas wang tunai untuk membayar pendahuluan kereta hendak  dibelinya disamun tiga lelaki dalam kejadian di Taman Tun Dr Ismail, di  sini, kelmarin.
  Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Arif Ab Latif   sedang berjalan ke arah keretanya selepas makan tengah hari bersama  seorang rakan didatangi dua motosikal ditunggang tiga lelaki.
Menurut sumber, pada mulanya, mangsa tidak sedar lelaki terbabit datang dari arah belakang sebelum memberhentikan motosikal di hadapannya.
  Katanya, seorang daripada lelaki itu terus menarik beg sandang  mangsa menyebabkannya terkejut sebelum menumbuk muka lelaki itu dan  lelaki terbabit membalas dengan menumbuk dada mangsa.
“Akibat melawan, dua rakan lelaki itu turun dari motosikal sebelum seorang daripada mereka mengacukan pisau ke perut mangsa.
“Sebaik mengacu pisau itu, mereka meragut beg sandang mangsa yang mengandungi wang RM14,000 sebelum melarikan diri,” katanya kepada Harian Metro, semalam.Beliau berkata, wang itu untuk membayar pendahuluan kereta hendak dibeli selepas mangsa tamat latihan pada hari berkenaan.
Katanya, mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius, sebaliknya hanya cedera ringan di dada dan muka kerana ditumbuk.Susulan kejadian itu, Mohamad Arif membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.[sumber]
*Cuak aku.. 


kesian..bukan rezeki dialah tu.
BalasPadamsian dia..
BalasPadam