Seorang pemandu teksi Thailand semalam memulangkan 8.2 kilogram  perhiasan emas bernilai  AS$410,000 (RM1.2 juta) kepada pemiliknya  selepas ia tertinggal  di dalam keretanya tiga hari lalu, kata polis.
Saksri Ketsrikaew, 56, berkata dia meluangkan masa dua hari memandu di sekitar Bangkok mencari pemilik perhiasan itu.
Menurutnya  dia menghubungi radio tempatan selepas mendapat tahu pemilik kedai emas  Eakerat Kanokwattana, 60, membuat aduan mengenai kehilangan perhiasan  emas itu di media dan berjanji untuk memberi ganjaran kepada sesiapa  yang memulangkannya semula.
Berita televisyen semalam menyiarkan Eakerat memberi pemandu teksi itu emas bernilai $6,400 (RM19,200) sebagai ganjaran.[sumber]
*Cuak aku..payah nak jumpa macam ni...kih kih kih


Huishh..kalau kita ditempat pemandu teksi tu, belum tntu pulangkan duit sbnyk tu.
BalasPadam#Ujian semua tu.
bagus..ada pemandu teksi yg jujur mcm ni..:D
BalasPadam