Bagi mendapatkan kesihatan yang optimum, satu kajian terkini mencadangkan supaya anda perlu berdiri lebih lama!.Ini berikutan kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik  Australia itu mendapati, individu yang menghabiskan masa selama 11 jam  atau lebih untuk duduk setiap hari memiliki 40 peratus risiko meninggal  dunia lebih awal, tidak kira betapa aktifnya mereka sebelum ini.
Kajian yang dilakukan dengan mengumpul data daripada 222,000  responden berusia 45 tahun ke atas itu juga mendapati, mereka yang duduk  antara lapan jam dan 11 jam setiap hari juga meningkatkan risiko  kematian sehingga 15 peratus.
"Kebanyakan bukti sebelum ini lebih kepada risiko kesihatan akibat  menonton televisyen terlalu lama," kata Penyelidik Kanan Universiti  Sydney, Hidde van der Ploeg.
Beliau berkata, secara purata individu dewasa menghabiskan 90 peratus  waktu lapang mereka dengan duduk dan kurang daripada separuh memenuhi  saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya melakukan aktiviti  fizikal sederhana selama sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu.
Sebanyak 62 peratus responden berkata, mereka mengalami obesiti,  sementara hampir 87 peratus lagi berkata, kesihatan mereka berada di  tahap optimum, manakala 25 peratus lagi berkata, menghabiskan  sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk duduk.
Kata van der Ploeg, responden tidak aktif yang duduk dengan banyak  menggandakan risiko kematian awal dalam tempoh tiga tahun berbanding  mereka yang kurang duduk.
Sementara itu, Pengarah Penyakit Jantung dan Wanita Hospital Lenox  Hill di New York, Amerika Syarikat, Dr. Suzanne Steinbaum berkata,  disebabkan kebanyakan individu duduk dalam tempoh yang panjang ketika  bekerja, mereka patut melakukan aktiviti seperti meregang, berjalan atau  berdiri sekali-sekala.
"Mungkin anda tiada pilihan ketika waktu kerja. Namun, apabila pulang  ke rumah, pastikan anda tidak terus duduk menghadap televisyen atau  komputer."Selepas lapan jam duduk, risiko kesihatan semakin meningkat. Banyakkan bergerak ketika masa lapang," katanya.[sumber]
*Amalkan gaya hidup yang sihat..sihat sepanjang hayat.. 


wohohoho...ad ker org duduk 11jam xbangun2..
BalasPadamsesekali menintonlah atau gunakan komputer sambil berdiri...
BalasPadam