ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 13 Januari 2012

Nazri mengaku halang guna dakwat kekal

 “Saya dah nak buat pada pilihan raya umum lalu, namun ada pihak yang halang,” kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengulas cadangan menggunakan dakwat pada pilihan raya umum akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pula mengaku bahawa beliau merupakan pihak yang bertindak menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum lalu.

Jelasnya, cadangan itu dipersoal pada 2008 kerana berbangkit isu perlembagaan berhubung hak warganegara berumur lebih 21 tahun untuk mengundi.

"Pada 2008 ada cadangan menggunakan dakwat kekal. Orang yang persoalkan sayalah," katanya dalam wacana membincangkang pilihan raya bebas dan adil di Kota Bharu malam tadi.[sumber]


*Cuak aku..Tengok dan nilai sendiri....kih kih kih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...