ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 24 November 2011

Wanita "GILA" bibir tebal

Seorang wanita Kristina Rei yang tidak suka memiliki bibir nipis membelanjakan 4,000 pound (RM20,000) untuk suntikan bibir.Bagaimanapun, dia masih tidak berpuas hati dengan suntikan itu. Wanita berusia 22 tahun itu percaya bibirnya kelihatan hodoh dan dia cemburu dengan bentuk bibir penuh yang dimiliki kakaknya.

Kristina yang juga seorang juruteknik kemudian melakukan 100 kali suntikan silikon bagi membolehkan dia memperoleh bibir yang tebal dan muncung.Kristina yang mengagumi karakter kartun Jessica Rabbit berkata: “Saya rasa saya nampak hebat.“Saya sukakan bibir tebal Jessica Rabbit. Pada pandangan saya, dia adalah wanita sempurna,” katanya.

Kristina yang mengakui ketagih dengan suntikan itu kini ingin bibir yang lebih muncung, telinga dan hidung yang runcing dan payu dara lebih besar.Kristina berkata: “Ia membuatkan saya gembira. Kadangkala orang lain mengejek saya mempunyai bibir tebal tetapi saya tidak hiraukannya.

“Saya inginkan sesuatu yang ekstrim. Saya mahu kelihatan seperti karakter kartun. Saya sudah ketagih dan saya sukakannya. “Beberapa rakan memberitahu saya tidak patut menyuntik bibir menjadi lebih tebal dan besar tetapi saya belum berpuas hati.“Saya belum memutuskan berapa besar yang saya inginkan, tetapi setakat ini, ia masih kecil,” katanya.[sumber]

*Cuak aku..Masalah ketaksuban yang melampau..kih kih kih

16 Pengkritik Yang Cuak:

  1. rupa asal jauh lebih chanteq kot..huhu

    BalasPadam
  2. Terlmpau menakutkan.. bibir punyalah cantik nak suntik.. manusia2..

    BalasPadam
  3. nauzubillah, lagi comel bibir asal dia...

    BalasPadam
  4. Gila....tebal mcm tu bukan seksi dah, seksa aku nampak...hahahaha....if cm angelina jolie xper gak...huh..

    BalasPadam
  5. sama entry dengan abang Ben la..

    cantik apa kalau dh mcm tu..ewww

    BalasPadam
  6. salam;
    nak besar lagi...biarkanlah sendiri yg tanggung.

    BalasPadam
  7. hehe bibir tebal nak buat ape ea?leh masuk straw bebanyak ke?hahaha

    BalasPadam
  8. mak aihh..tebal giler..geli plak aku tengok..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  9. pelik-pelik la manusia sekarang nih... sabo je la

    BalasPadam
  10. ambil tebuan sekoq letak kt bibir...sure cantek pastu

    BalasPadam
  11. hehehe bibir aku terjuih-juih baca benda nehh

    BalasPadam
  12. aduh terseksa mak tengok! giler tebal bibir die, haha.kalah angelina jolie. lolz XD

    JOM SINGGAH & KOMEN : Siapa Nak Free Photoshoot ?

    BalasPadam
  13. Ishkkk3..muka dh lawa2 pi cucui bagi bengkak..pelik2

    BalasPadam
  14. tah apo goman eh lak bibir godang cam tu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...