Kajian baru terhadap batu bulan yang dikutip angkasawan Apollo 16 menunjukkan bulan mungkin lebih muda 60 juta tahun berbanding apa disangkakan sebelum ini. Kajian terbabit dilaporkan dalam jurnal Nature menunjukkan bahawa usia sebenar bulan mungkin 4.36 bilion tahun.
Borg berkata, usia bulan lebih muda meletakkan ia hampir kepada 4.4 bilion tahun berbanding mineral Bumi dikenali zircon ditemui di Jack Hills di Barat Australia. Ini bermakna kerak tertua bagi Bumi dan bulan terbentuk pada masa sama.
Hipotesis mengenai asal bulan itu, teori kesan gergasi, membabitkan pelanggaran antara proto-Bumi awal dan satu lagi proto-planet dipanggil Theia, yang mempunyai saiz sebesar planet Marikh.
Cairan dan serpihan daripada kesan berkenaan terlontar ke ruang angkasa, malangnya pembentukan jisim mengambil masa berjuta-juta tahun untuk mewujudkan bulan. (Bagaimanapun, ini hanya tanggapan saintis Barat kerana semua cakerawala ciptaan Allah).
Sebaik saja bulan sejuk, magma terbabit berpadu menjadi komponen mineral berbeza dengan batuan kerak bulan dipanggil ferroan anorthosites (FAN) yang menjadi semakin tua.
Borg dan rakannya menggunakan teknik penapisan semula untuk menganalisis isotop plumbum dan neodimium dalam sampel 1.88 gram FAN mereka dari batu bulan yang dikutip Pusat Angkasa Lepas Johnson NASA. Angka 4.36 bilion tahun diletakkan pada masa itu membabitkan sampel yang menjadi kristal.
Angka itu adalah 200 juta tahun selepas pembentukan sistem solar dan kemudian dianggarkan oleh model pembentukan bulan.
“Ia adalah kali pertama satu sampel tunggal FAN mengandungi usia daripada pelbagai isotop teknik menentukan usia,” kata Borg.
“Cubaan sebelum ini untuk memberikan usia batuan hanya pada satu isotop yang boleh tercemar menyebabkan kita tersilap menganggarkan usia bulan. Justeru kita mulakan dengan idea bahawa kita boleh mendapatkan sampel usia pelbagai dan kita yakin ia dapat memberi gambaran usia pengkristalan sampel.”[sumber]
*Cuak aku..betul ke??
wow tuanyee bulan..
BalasPadameh ye ke? boleh ke kita tau usia bulan? huh
BalasPadam4.36bilion tahun??perghh bapak tua bulan neh..
BalasPadammujur Allah s.w.t tak jadikan ada penduduk cam manusia di bulan..kalau tak mesti jadi cam citer pendekar laut hehe..
syuxer:klau setip plnet ada penduduk..baru bleh buat betul2 punya plnet cup..pemain import pun dari bulan nnt..kih kih kih
BalasPadamhaha..comel je bulan ade umur :D
BalasPadamerk...tua da ye bulan ni..bilion tahun tu..
BalasPadamdah la bulan ni hodoh sebenarnya rupanya..nak2 dah tua..hehe
BalasPadambilion ? gile banyak kot ..
BalasPadam