Dewan Pemuda PAS negeri Melaka mahu Utusan Malaysia meminta maaf kepada umat Islam kerana menyiarkan kartun secara terang-terang menghina dan mempersenda hukum agama."Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia  di'umno'kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan  merosakkan 
semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda,  kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.Lakaran  pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan  dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi  ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi."Dalam  hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh  melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang  tidak fasiq"
"Namun, dialog kartun yang cuba  digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan  mempersendakan hukum Islam".Ia menggambarkan  seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai  tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.
"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri  yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri."  katanya.[malaysiakini]
*Cuak aku dengan utusan ni..bila kartunis jahil hukum islam.
Rabu, 15 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Hm. Macam-macam hal. Dunia2.
BalasPadamcetek ilmu macam tu la... diorang takut pada manusia..tak takut pada Tuhan...
BalasPadamImam dan 20 sen
sapa nama kartunis tu?
BalasPadammacam2 hal politik la ni...
BalasPadamberat nanang lagu neh...hati aku tiba2 panas..ye panas gila neh
BalasPadamcilaka punya kartunis tuh!!!
semoga Allah s.w.t tunjuk pengajaran berguna kat dia..jangan men2 hukum Allah s.w.t..tak lama lagi dapat bala neh..huh!! geram aku!!
-syuxer-
syuxer:dpt pnyakit harazzdani jugak ni..tk dpt link nama..
BalasPadamkartunis gila meghoyan ni kih kih kih
rasanya xpnah lagi jadik benda mcm ni...
BalasPadamkartunis tu ntah pape jer.cam nk memalukan malaysia jer.nmpak sgt yg malaysia ni negara yg tah pape
ni dah 2x isu berkaitan akhbar dan kartunis heboh ..
BalasPadam