ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 4 Mei 2012

Batu ada sel darah manusia

Beberapa batu tajam yang berusia 2,000 tahun didapati mempunyai sel darah dan cebisan tisu termasuk otot, kulit, rambut serta tendon manusia.
MIKROSKOP pengimbas menunjukkan sel darah manusia pada batu tajam yang dijadikan pisau.
Institut Sejarah dan Antropologi Mexico menyatakan penemuan yang dibuat oleh para penyelidik itu menyokong dakwaan tentang amalan penggunaan batu tersebut dalam upacara pengorbanan manusia.

Menurut institut itu kelmarin, ia menggunakan mikroskop pengimbas semasa membuat penemuan tersebut.Batu-batu itu ditemui di Cantona, negeri Puebla, Mexico. 

Ia diserahkan kepada seorang penyelidik di institut tersebut, Luisa Mainou oleh beberapa ahli antropologi selepas menemuinya dua tahun lalu.

Seorang profesor madya dalam bidang antropologi di Universiti Florida, Susan Gillespie menyatakan batu-batu itu digunakan untuk memotong daging manusia.[sumber]

*Cuak aku..ingatkan jerawat batu je ada sel darah ni..kih kih kih

2 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Tak heran kerana sebelum zaman besi manusia dulu mengunakan batu dan tulang sebagai senjata untuk pelbagai kegunaan.

    BalasPadam
  2. entah2 ada mayat kat situ..hehhe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...